Kelas Bahasa Melanau
3 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 2 September 2017, pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan kelas Bahasa Melanau iaitu salah satu bahasa dari etnik Melanau yang terdapat di Sarawak. Kelas ini disertai oleh beberapa orang peserta dari golongan kanak-kanak. Mereka begitu teruja apabila mendengar bahasa melanau yang lain daripada yang biasa mereka dengar.
Tujuan utama kelas ini adalah untuk mendedahkan mereka kepada bahasa melanau. Bahasa ini amat mudah untuk dipelajari. Kelas-kelas sebegini akan sentiasa diadakan bagi melancarkan lagi kepenggunaan bahasa ini untuk komunikasi harian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: